kelebihan bulan rejab 2~

Di sini aku ingin berkongsi mengenai kelebihan yang terdapat dalam bulan rejab..
(sambil memberi peringatan kepada diriku sendiri)..=)


Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:
  1. malam awal Rejab mustajab Doanya
  2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
  3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
  4. puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  5. puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
  6. puasa 5 hari aman dari azab kubur
  7. puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
  8. puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
  9. puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
  10. puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  11. puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan rejab yang telah dijanjikan..dan ini hanya sebahagian daripadanya~
namun yang membuatkan aku lebih tertarik ialah :


 Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:



“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”


Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”


Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”


Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”


Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”


sesungguhnya kejayaan kita dunia dan akhirat bergantung sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah S.W.T...dan mengikut jejak langkah yang ditunjuki oleh baginda Rasullah S.A.W






wasalam..

No comments: