tazkirah..

Semalam tym amy g tarawih adela diselitkan sesi tazkirah oleh imam yang mengimamkan solat tarawih kt masjid umah amy ni..maka,amy nak share la ape yg disampaikan oleh imam semalam kpd rakan2 yg baca post amy ni..tazkirahnye berkisar mengenai soalan-soalan yang dikemukan oleh Imam Ghazali kpd anak muridnya..

1. Apakah yang paling besar di dunia??..anak muridnya menjawab 'Bumi,Matahari,'.imam Ghazali berkata ianya benar namun jawapan yg paling tepat adalah NAFSU..makanya,kita hendaklah mengawal nafsu kita terutamanya skrg di bulan ramadhan apabila pegi ke bazaar cthnya,hendaklah kita mengawal nafsu kita utk mengelakkan drpd berlakunya pembaziran.sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

2. Apakah yang paling berat di dunia??..anak muridnya menjawab 'Besi,Gajah'.imam Ghazali mengatakan bahawa ianya benar namun jawapan yang paling tepat adalah TANGGUNGJAWAB & AMANAH..Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi.cthnya bukan mudah utk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga,suami,isteri dan anak kpd kedua ibu bapa kita.

3. Apakah yang paling ringan di dunia??..anak muridnya menjawab 'Kapas,Debu.." imam Ghazali mengatakan jawapan itu benar namun jawapan yang paling tepat ialah MENINGGALKAN SOLAT..ini dpt dilihat di bazaar ramadhan apabila kita hinggakan terlupa utk solat baik yang membeli ataupun yg berniaga..manusia ringan meninggalkan solat krn mementingkan urusan dunia.

4. Apakah yang paling dekat dgn diri kita??..anak muridnya menjawab "Ibu bapa,Guru.."..imam Ghazali berkata bahawa ianya benar namun jawapan yang paling tepat ialah MATI.

5.Apakah yang paling jauh dgn diri kita??..anak muridnya menjawab 'negara China,bintang."..imam Ghazali mengatakan bahawa jaawapan itu benar namun jawapan yg tepat ialah MASA LALU..masa lalu yg jauh meninggalkan kita dan tidak mgkn akan kembali..maka kita haruslah menjaga hari ini & hari mendtg dgn amalan soleh agar kita tidak sesal kemudian hari

6. Apakah yng paling tajam di dunia??..anak muridnya menjawab " Pedang"..imam Ghazali mengatakan jawapan itu benar namun jawapan yg paling tepat ialah LIDAH..ini krn dgn lidah,manusia boleh berpecah belah dan disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain..maka amy nak mengingatkan kawan2 smua termasuklah org yg tulis ni (iaitu saya!!) supaya sama-samala kita menjaga tutur kata kita..maklumlah kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan haruslah saling memperingati antara 1 sama lain.
agar kita semua sentiasa diberkati oleh-Nya.

wallahua'lam.. 

No comments: